Ini ulasan baru untuk 4 lawak terbaik dalam Maharaja Lawak minggu kedua. Kumpulan lain nampak tak berapa menjadi termasuklah Man, R2 dan Alex yang aku harap akan menyerlah pada minggu ini. Nampaknya, Amer ada sedikit perubahan. Tapi Jihan, XN3 dan WAI. Memang bakal terkeluar pada minggu-minggu akan datang.

Untuk minggu kedua dalam siri Maharaja Lawak, nampaknya Sepah meneruskan misi mereka dengan lawak yang mantap. Dengan berlatar belakangkan penjara, mereka bawa punch line baru yang pasti akan menjadi bualan dan ikutan orang Malaysia. Nanti, mungkin akan muncul buku cerita Gajah lawan Ular Senduk. Hehe..kalu tengok berulang kali pun, aku tetap suka tengok. Memang terbaik la lawak diorang kali ni. Fresh dari ladang punya.

Kumpulan Jambu. Dianggotai oleh Yus dan Taukeh. Memang terbaik juga untuk minggu kedua Maharaja Lawak kali ini. Meneruskan kesinambungan mereka sejak minggu pertama. Dengan lawak pesakit jiwa, mereka bermain dengan minda dan emosi penonton. Siap nampak Zila bakarin lagi. Aku sendiri tertunggu-tunggu dibuatnya. Memang ketawa tanpa disangka-sangka. Aksi-aksi dan mimik muka Yus memang menjadi dan support terbaik dari Taukeh membuatkan aku rasa kumpulan Jambu ini akan kekal setiap minggu dan akan masuk final Maharaja lawak. Ada peluang nak henjut Nabil dan Jozan dan yang paling kiut sekali, mereka masih mengekalkan baju pink. Mesti minggu depan pakai baju kaler yang sama. Hehe..

Nabil. Memang tidak syak lagi. Walaupun lawak minggu kedua ini cuma kesinambungan atau sambungan dari minggu pertama, cara Nabil menyampaikan lawaknya benar-benar membuatkan orang ketawa. Pemilihan perkataan dan cara menyebut setiap perkataan juga mengena. Pendek kata, dia memang pelawak yang baik dan mampu mengegarkan dunia hiburan. Cuma cerita kontroversi beliau sahaja mencacatkan sedikit perjalanan beliau sebagai entertainer. Tapi dia tetap satu dalam sejuta. Susah nak jumpa Nabil kedua. Nabil juga ada peluang untuk masuk ke final. Lawak dia memang fresh. Jarang jumpa.

Jozan. Bagi aku dia dalam ranking ke 4 dalam minggu kedua ni dari segi kualiti lawak dia. Antara empat yang terbaik dari 3 orang kat atas tu. Biarpun lawaknya pernah kita dengar dan gayanya pernah kita nampak, tapi cara Jozan bawa malam Sabtu lepas benar-benar membuatkan kita terpaksa gila. Memang lawak. Aku suka lawak spontan dia. Memang menjadi. Johan banyak membantu manakala Zizan juga menjadi supporter yang mantap. Cuma mungkin harap mereka akan datang dengan lawak yang lebih bagus pada masa yang akan datang. Tapi cerita sul dan bapaknya pasal filem Khurafat memang macam sindir Shamsul dan Yusuf Haslam. Gila lahh..

Overall, agak mengecewakan untuk minggu ini. Tapi mungkin dengan ada lawak Jambu, Balas, Nabil dan Jozan mampu mengubat kekecewaan kami. Aku harap pada tugasan akan datang tentang Muzikal Komedi akan mengubah segalanya. Harap semua orang akan perform yang terbaik. Setakat ini, tidak ada lagi penyingkiran pada Maharaja Lawak kali ini.

Ps: Minggu depan, nak tengok Astro kena langgan pakej Mustika. Ohh..

Related Posts

1 Comment

  • At 2011.04.12 21:53, xazryx said:

    ni mmg best .yg laen2 cam harem la .R2 lupe nk ltak .diorang best gak .

    (Required)
    (Required, will not be published)

    CommentLuv badge