Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Sekolah Rendah 2011 dah keluar
Assalamualaikum semua. Ada berita baik untuk para-para GSST yang sedang menunggu keputusan temuduga mereka yang diadakan pada tahun 2010. Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Sekolah Rendah telah pun keluar.
Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bagi calon-calon Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah lulus temu duga Permohonan Guru Sandaran Terlatih sesi 4/2010 boleh disemak di link dibawah ini bermula 27 April 2011. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan. Ya, sudah boleh disemak sejak 27 April..

Anda boleh semak dilink ini >> Semakan keputusan penempatan GSST 2011
Kepada yang berjaya, saya ucapakan ribuan dan jutaan tahniah pada para GSST 2011 yang berusaha dengan cemerlang dalam temuduga GSST yang dengarnya memang susah nak lepas. Jadi, bagi yang tengah gembira bagai nak rak, anda bolehlah print apa-apa yang patut dan bersedia untuk pergi ke sekolah baru. Yang pasti, ada lebih banyak cabaran yang akan menanti bakal guru ini.
Ps: Karenah guru-guru dan politik pelajar sekolah memang takkan lari dalam dunia pendidikan. Jadi, marilah kita berganding bahu dan berusaha untuk berjaya dalam menangi masalah ini semua.
Related Posts
No Comments
Recent Posts
- Plugin work! Wait a links!
Recommended



