Minggu ke 9 Maharajalawak telah pun tamat dan rasanya minggu ini agak istimewa sebab semua kumpulan akan mendapat seorang backup dari artis undangan untuk membantu mereka dalam persembahan mereka kali ini. Semuanya mendapat pasangan yang baik, cuma kesian dengan kumpulan Balas, kombinasi mereka dengan Bell kurang menjadi. Mungkin sebab itu mereka terkeluar minggu ini. R2 yang baru sahaja masuk, selamat ke pusingan seterusnya.
Jambu. Memang terbaik malam ni. Memang tak faham langsung apa yang diorang borak. Memang apa pun tak boleh faham. Haha..sampai semua juri tak tahu nak komen macam mana. Haha..oh ya, artis jemputan, Ah Chong. Tak sangka si Ah Chong ni pandai buat lawak. Hehe..
Sepah. Lawan melayu paling melayu. Memang bestlah. Kena pula ada Badul. Memang gelak tak henti-henti..
Jozan. Johan memang banyak main peranan. Zizan pun memang terbaik. Kenchana Dewi memang bijak masuk dan buat lawak. Kiranya mereka berjaya dalam kombinasi kali ini. Tahniah untuk mereka.
R2. Nasib baik ada baby face ni. R2 kena banyak berterima kasih kepada Sathiya sebab berjaya menghidupkan lawak mereka. Si abang memang hidup, si adik ni memang susah nak hidup. Memang macam itu aje agaknya perangainya. Susah nak ubah sebab si abang memang mulutnya lebih laju dari adiknya..
Nabil. Satu-satunya peserta solo. Walaupun ada bantuan daripada Sharifah Shahira, tetapi memang nampak sukar nak masuk. Mungkin sebab dua-duanya adalah sangat otai, jadi sukar nak masuk. Siapa nak punch, sape nak feet..susah. Nasib Nabil berjaya adjust dengan lawak spontan beliau. Tahniah pada Nabil.
Balas. Cukup teruk. Ke laut sungguh. Memang ini persembahan terburuk dari Balas. Lawak mereka tak menjadi dan kombinasi dengan Bell Ngasri juga tidak menjadi. Bell sedaya upaya cuba masuk rentak Balas dan rasanya mereka terlalu perlahan. Pendek kata, tak ngam dan kombinasi yang tak boleh dipakai. Mungkin inilah sebab mereka gagal ke pusingan seterusnya.
Ps: Kejutan terbaru Maharaja lawak, ada tambahan 3 pusingan lagi. Maksudnya, dua kumpulan akan terkeluar dan 3 kumpulan yang terbaik akan kekal ke final. Mungkin Sepah, Jambu dan Jozan akan ke final melainkan Nabil boleh buat sesuatu. R2 memang takkan ke final. Susah nak lawan empat orang tu. Dan memang kesian kat Nabil. Dia sorang-sorang untuk pusingan seterusnya. Maklumlah, dialah satu-satunya peserta solo yang masih tinggal. Temannya, si Jihan, Alex, Man dan Amir. Telah pun terkeluar..
Related Posts
1 Comment
Recent Posts
- Plugin work! Wait a links!
Recommended




kesian kt kumpulan balas.
masa diorang bergandingan dgn kuman aritu okey jer persembahan diorang, apapun tahniah jugak pada diorang sbb berjaya sampai hingga ke minggu 9.