Jika korang mahu tonton Maharaja Lawak minggu ke 10 yang bersiar langsung di Penang tetapi terlupa atau tak dapat untuk menontonya, korang boleh tonton melalui video dibawah ini. Sambil tu, mari kita makan aiskrim Nestle Drumstik ALmond Thrill nih. Hehe..

Kumpulan R2. Lawak diorang ada yang menjadi, ada yang kurang menjadi. Saya rasa, mereka bakal tersingkir dari final memandangkan Jambu, Sepah dan Jozan agak konsisten dalam persembahan pada minggu-minggu akhir ini. Bagi saya, mereka ada kelebihan, cuma tidak ditonjolkan dengan berkesan. Mungkin juga kerana lawak mereka agak recycle dan selalu kita dengar. Saya harap boleh menonton persembahan mereka yang lebih berisi dan mantap pada minggu hadapan.

Kumpulan trio Sepah. Memang tak dapat disangkal lagi. Ini kumpulan yang dicanang-canang akan masuk ke pusingan akhir Maharaja Lawak 2011 ini. Bagi saya, mereka sudah tempah tiket ke final dan saya harap persembahan mereka lebih bagus pada minggu-minggu yang akan datang. Lawak melayu mereka tetap utuh dan mampu membuatkan kita ketawa setiap minggu. Syabas dari saya dan harap mereka akan lebih berjaya pada masa hadapan. Mereka juga salah satu calon utama untuk menjadi Juara Maharajalawak kali ini.

Kumpulan Jambu. Salah satu calon kesukaan saya untuk menjuarai Maharaja Lawak kali ini. Saya rasa mereka ada peluang yang sangat tinggi walaupun jumlah peratus undi tidak memihak kepada mereka. Mereka ada banyak trademark berbanding kumpulan lawak yang lain. Dengan Jambu, hati kiut muka legenda, apapun tak boleh..saya rasa trademark mereka akan menjadi sambutan meriah untuk semua manusia di Malaysia dan diluar negara. Saya juga takut, trademark ini akan digunapakai oleh pelajar-pelajar sekolah untuk berlawak dengan cikgu mereka. Ingat cikgu aje tengok maharaja lawak ke??

Nabil. Satu-satunya peserta solo dalam pertandingan ini. Saya agak kasihan dengan Nabil. Beliau mungkin tertekan dan mungkin kehausan idea untuk berentap dengan kumpulan yang lain. Tapi tidak saya nafikan, aura Nabil masih utuh setiap hari. Beliau dapat banyak tawaran berlakon filem dan drama dan saya akur yang Nabil tetap hebat sepanjang zaman. Cuma untuk menjadi juara kali ini, peluang beliau sangat tipis. Sepah, Jozan dan Jambu lebih ke hadapan dari segi persembahan biarpun kadang-kadang jumlah peratus undi Nabil lebih tinggi berbanding kumpulan lain. Jika Nabil tidak mahu tersingkir, beliau perlu kembali dengan lawak yang lebih berkualiti pada minggu hadapan.

Kumpulan Jozan. Memang tidak dinafikan mereka ada aura tersendiri. Mereka ada peluang untuk mengintai peluang menjadi juara Maharaja Lawak dibelakang Jambu dan Sepah. Dari segi persembahan, saya letakkan mereka untuk tangga ke 3. Sekurangnya, mereka lebih bagus berbanding R2 dan Nabil. Dari segi juri, memang susah mereka hendak jadi juara melainkan persembahan mereka selepas ini lebih bagus berbanding Sepah dan Jambu. Jozan ada kelebihan dari segi undi. Tetapi jika undi Juri jadi penentu, saya yakin juri akan memilih antara Sepah dan Jambu untuk menjadi Juara Maharaja Lawak.

Apapun, terima kasih banyak-banyak pada pihak GuaTV kerana menyediakan video-video di youtube. Pasti ramai yang berterima kasih kepada mereka terutamanya pada mereka yang tidak ada Astro ataupun tidak melanggan pakej Mustika. Hehe..

Ps: Anda suka makan coklat M&MS tak? Saya suka!

Related Posts

Tagged with:
 

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge