Semakan keputusan PLKN 2011 secara online dan SMS
Ini ada berita baik untuk anda yang telah memohon untuk menyertai program Khidmat Negara atau PLKN tahun 2011,anda kini sudah boleh membuat semakan keputusan penempatan melalui dua cara seperti di bawah. Jangan dok mengelat bila dapat pergi pula. Ada orang bersemangat nak pergi PLKN ni, tapi tak dapat-dapat. Korang pula, mengelat tak nak pergi. Dahh, gi semak kat bawah ni..

1.Sms
Taip PLKN SEMAK 912345678901 dan hantar ke 15888
Jika anda terpilih : PLKN
Tahniah! 912345678901 MOHAMAD NASRULLAH BIN KAMARULLAH terpilih menyertai PLKN Siri 7/2010
Jika anda tidak terpilih : PLKN
Maaf! 920627136529 tidak dipilih untuk menyertai PLKN Siri 7/2010.
Terima Kasih.
Untuk makluman anda,Maklumat yang dihantar akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.35 setiap satu
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menyemak keputusan penempatan PLKN melalui sms boleh rujuk contoh disini.
2.Untuk menyemak keputusan penempatan melalui online,anda boleh layari laman web rasmi PLJN disini
Sumber: Donnyien dan Ohcikgu.com
Bagi saya, bagus kalau pergi PLKN ni. Dapat belajar macam-macam. Dapat pegang senapang lagi tu. Belajar menembak dan kenal ramai kawan-kawan. Mana tahu, boleh belajar sesuatu yang berbeza dari PLKN ni. Bila masuk PLKN ni, kita semua sama sahaja. Takde anak orang kaya, takde anak orang biasa-biasa. Semua sama. Takde beza tarafnya dan tak ada layanan yang berbeza diberikan. Saya teringin juga nak pergi, tapi saya dah tak layak nak pergi. Sebab sebelum wujudnya PLKN secara rasmi, saya dah ikut kem bina negara. Lepas ada PLKN ni, kem ni mungkin dah tak ada. Saya tak berapa pasti, mungkin ada, mungkin tidak. Tapi tidak banyak jauh bezanya. Cuma masa saya dulu, dalam 10-12 minggu sahaja. PLKN ni dengarnya dalam 3 bulan. Betul kan?
Apapun, bagi yang tak dapat atau tak dapat kem yang sama dengan kawan-kawan sekolah anda, jangan risau. Rezeki anda pasti akan datang juga nanti.
Ps: Masih layan lagi lagu Kerek. Macam best je. Hehe..
Related Posts
2 Comments
- Plugin work! Wait a links!
Recommended




tahniah.. aku tak diterima..sebab zaman aku tak sempat nak ada join macam ini.. huhu … oklah tuh , yang dapat jangan tak pergi pulak yer… huhu
zik recently posted..Tip blogging terbaik, macam mana ek?
Tahniah kpd yg berjaya