KELAB Liga Kejuaraan Inggeris milik usahawan dari Malaysia, Cardiff City mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke final Piala Carling di Wembley selepas menyingkirkan Crystal Palace 3-1 pada penentuan sepakan penalti di laman sendiri, awal pagi tadi.

Selepas tewas 0-1 kepada Palace pada separuh akhir pertama di tempat lawan, Cardiff mengheret perlawanan separuh akhir kedua itu ke masa tambahan selepas berjaya mengikat agregat 1-1 hasil jaringan sendiri pemain lawan, Anthony Gardner pada minit ke-7.

cardiffcityfcbluebirds 300x221 Cardiff City melangkah ke Final Piala Carling

Kekal terikat 1-1 selepas berakhir masa tambahan, penjaga gol Cardiff, Tom Heaton muncul wira tuan rumah apabila menyelamatkan dua sepakan penalti Palace untuk kemenangan 3-1.

“Saya cukup gembira kami dapat ke Wembley. Ini merupakan satu lagi malam cukup bersejarah buat kelab ini. Ia sesuatu yang mengagumkan bagi seluruh individu di sini.

“Mereka yang menyaksikan perlawanan kami musim ini pasti dapat lihat yang kami memiliki pemain yang tidak kenal erti putus asa dan mengalah. Saya cukup yakin dengan mereka dan berharap semangat juang ini berterusan,” kata pengurus Cardiff, Malky Mackay.

Untuk aksi final pada 26 Februari depan, Cardiff bakal bertemu pemenang satu lagi separuh akhir, di antara Liverpool atau Manchester City yang hanya akan bertarung pada awal pagi esok. – Mynewshub.my

—-

Nampaknya, makin menjadi-jadi Cardiff City sekarang nih. Hebat betul mereka sekarang ye. Hehe..tak sia-sia orang Malaysia beli pasukan ni.

Ps: Lelaki kacak demam hari ini..

Related Posts

  • No Related Post\'s

1 Comment

  • At 2012.01.25 22:50, Aku maafkan kamu. | ahmadfaizal.com said:

    [...] Tahniah kepada Cardiff City kerana layak ke peringkat Akhir Piala Carling. Tengah tunggu siapa lawan Cardiff City FC. Samada Manchester City atau Liverpool. Hoho.. [...]

    (Required)
    (Required, will not be published)

    CommentLuv badge