Kepada semua pelajar tingkatan enam yang hendak mengambil STAM, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2012 telah dibuka mulai 1 Februari sehingga 31 Mac 2012 ini. Jadi, jangan terlambat untuk membuat pendaftaran ye.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini, borang pendaftaran bagi calon sekolah dan persendirian boleh didapati di Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran. LPM berkata pendaftaran lewat tidak akan dilayan dan maklumat terperinci tentang pendaftaran itu boleh didapati dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my/lpm. Anda juga boleh dapatkan maklumat mengenai cara pendaftaran online STAM disini.

downloadborangpendaftaranstam2012 Download Borang Pendaftaran STAM 2012

Ok. Boleh download disini borang STAM tersebut: Download Borang Pendaftaran STAM 2012

Aku dulu nyaris ambil STAM. Tapi tak jadi sebab aku dapat tawaran ke Matrikulasi. Jadi, terpaksa tinggalkan walaupun aku memang berkenan juga. Tapi tak apalah. Dah ada SMA tu pun dah cukup bagus. Pengalaman yang sukar untuk diperolehi. Hehe..

Oh ya, tarikh tutup adalah 31 Mac 2012. Jadi, jangan terlambat. Aku dah ingatkan 2 kali ni. Kalau terlepas peluang, jangan salahkan sesiapa pula ye..

Ps: Ada lelaki kacak lain yang pernah ambil STAM tak?

Related Posts

  • No Related Post\'s
Tagged with:
 

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge