Yap. Ada berita tak best. Berita malam tadi dan juga berita pagi tadi. Bukan setakat Manchester United seri dengan Chelsea sahaja. Tapi malam tadi adalah kekalahan keempat pasukan Malaysia dalam saingan ke Sukan Olimpik. Tertutup sudah pintu untuk layak secara play-off untuk pusingan seterusnya. Nak buat macam mana, tak ada rezeki kali ini.

ongkimswee Peluang Malaysia sudah tertutup ke Sukan Olimpik 2012.

Banyak yang tidak menjadi. Percaturan Ong Kim Swee tidak berapa menjadi.Nazmi masuk lambat. Hazwan pun dimasukkan pada minit-minit terakhir. Dan macam-macam lagi. So far, Bahrain lebih layak untuk menang malam tadi. Itupun, mereka gayanya macam minyimpan kekuatan sahaja. Bila Malaysia dah seri pada minit ke 84 dengan jaringan Hazwan, mereka masukkkan 3 pemain dan dari terus dapat gol pada minit ke 88. Memang sakit hati bila kalah pada minit-minit terakhir ni.

Ps: Siapa tengok bola malam tadi?

Related Posts

  • No Related Post\'s
Tagged with:
 

1 Comment

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge