Kepada calon-calon GSTT yang telah membuat proses rayuan untuk 2nd intake Pengambilan calon GSTT untuk Kursus Perguruan ambilan Disember 2011, anda bolehlah semak keputusan sama ada anda layak atau tidak masuk ke kursus perguruan tersebut.

Malah, kepada calon GSTT yang sebelum ini sudah dapat masuk ke UPSI untuk kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang kena ikut ujian fizikal dan GAGAL. Anda juga boleh semak menggunakan link yang sama untuk mengetahui kursus baru dan IPG/Universiti baru yang anda bakal dapat. Jadi, sila semak kerana banyak masa yang diperlukan untuk mengisi borang-borang yang berkaitan. Nak buat medical check up lagi, nak susun sijil dan surat lagi. Nak buat pengesahan lagi. Semuanya perlukan masa. Nak beli baju, seluar kasut..haa..segala bagai kena sediakan.

gstt Semakan Tawaran Kursus Perguruan GSTT ambilan ke 2 Disember 2011

Boleh semak di link ini: Semakan Tawaran dan Penempatan Latihan Perguruan bagi Calon GSTT Ambilan ke-2 Disember 2011

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang gagal, terimalah seadanya sebab tak ada lagi ambilan untuk GSTT ke jawatan tetap dan tak ada juga jawatan GSTT untuk tahun 2012. Yang ada cuma Guru Interim dan Guru kontrak sahaja ataupun Guru Ganti yang pastinya memang takkan ditawarkan ke jawatan tetap. Harap maklum.

Ps: Dulu, lelaki kacak suka kimia ni pernah juga bercita-cita nak jadi guru. Hehe..

Related Posts

  • No Related Post\'s

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge